25.1.13

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum
Tak terlewat rasanya nak ucapkan Salam Maulidur Rasul buat
semua umat Islam seluruh dunia since aku tak berkesempatan nak ucapkan semalam.

"Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah" In Shaa Allah

Alhamdulillah tahun ni En Hubby pun turut serta dalam
perarakan Maulidur Rasul
bersama2 colleagues di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Melaka
dalam persalinan merah menyala lagiii~..
Perarakan bermula dari Stadium Hang Tuah dan
berakhir di Masjid Al-Azim.
Exercise En Hubby kan main..hihi





22.1.13

Cerita Beg Sekolah

Assalamualaikum bloggerians
Hari ni aku nak mengomel al kisah beg sekolah
Kenapa? Kan dah mula sekolah kan?

Begini....
Kakak time prasekolah, dengan perasaan berkobar kobar mak bapak 
dia nak tukar beli lah beg sekolah baru kengkonon ingat dah naik level tu, 
banyak buku kot but still yang beroda macam tadika tu cuma besar sikit saiznya.
Tapi al kisah nak dijadikan cerita cikgu pra tu sound Kakak, beg besar pula. 
(dah cikgu pun 'rajin' buku & homework boleh kira 1 tahun berapa kali)
So, since beg time tadika elok lagi, Kakak bawa je beg yang lama and simpanlah yang baru tu.

Then, this year dah darjah 1, aku kata takyah lah beli Kak beg baru,
beg yang last year beli pun guna sekejap je.
Kakak pun as usual memang ok aje menurut kata.

But then....
Inilah hasil nya belum sampai pun 1 bulan gi sekolah........

ternganga dah hah..Now u see?

Tali pun rosak asyik seret terkena roda.
Mr Abah dah pun jahitkan sebelum tu.
 (abaikan wall of shame yang diconteng tu ;P)


Tu lah satu masalah beg ni.
Pendapat aku, kualiti memang tak tahanlah walaupun ramai yang guna.
Makna taknya, buku sebeban nak dibawa daily. Nak angkut, naya aje budak2. Kesian.
Kalau yang senior2 tu bolehlah tahan sikit kot. Ni darjah satu, comel loteh lagi saiz diorang.
Memang jadual kelas mungkin dah dipadatkan, tapi 1 subjek je, buku teks+buku latihan+buku2 aktiviti 1@2 je dah berapa buku. Tambah dengan subjek2 lain lagi? Tambah dengan props2 lain lagi?

Memang majoriti aku tengok kat sekolah Kakak guna beg tarik je.
Tapi taktau lah entah berapa kali beli beg dalam setahun kot.
Dipendekkan cerita, nak beli beg untuk Kakak lepas siap entri ni..Nak ikut? ;P

So, idea aku lah kan.......
Gov. should totally try buat benda ni kat sekolah

-
-
-
-

Buku yang tak perlu bawa balik, just tinggal je dalam locker diorang. 
Macam overseas school tu.
B r i l l i a n t tak?
Kalau nak, aku leh jadi supplier. (tetiba bisnes, masuk tender ko hade?) 
Tapi macam nak buat je..huhu. Tunggu mana tau jadi idea aku. Huahua
Yang best kan, siap ada 1 company ni kat luar negara lah kan, 
diorang siap jual deco untuk locker ni.
Locker Lookz
Cute meh. Taklah boring sangat..

20.1.13

Kakak Najwa At School (Part 3)

Assalamualaikum lovely readers (jet sket ;P)
Asyik entry pasal sekolah je ek?
Hmm dari kesepian blog ni kan.
Sian kat belog aku, biar;ah ditemani entry sekolah Kakak.
Basically cerita macam ni, (layan dialog 'pass tense' aku dengan Kakak je la ek)

Rabu 16/1


"Kak..teacher tak cakap ke bila test untuk tukar kelas?"
(Dah berapa kali tanya dah dalam 2-3 minggu sekolah)

"Hah..tadi Kakak ada test ma! BM & Matematik."

"Laa..teacher tak cakap ke?" (ye2 la risau. konon leh prepare kalau dah tau)
"Habis tu, Kakak boleh buat tak??? Susah tak? Berapa helai?"

"Boleh! Dalam macam ni.."(tunjuk beberapa helai ms dalam buku sekolah dia)
"Ok tak susah sangat" (sambil cerita lagi detail macam mana soalan2 test tu)

"Hmm..minta2 ok la Kakak buat ek?"
(risau yang amat. Entah masuk kelas kategori manalah dak Kakak. Intelligent ka?Medium ka? Ala2 Observation ka? huhu)

Kelas sementara 1 Kuning and lagi dua kelas 1 Hijau & 1 Jingga.
Tak sure pula class rating kat sekolah Kakak macam mana.
Then..

Jumaat 18/1

"Ma! ada surat.."

 1 Kuning  to 1 Hijau
* Apa2 pun kelas, its up to u la Adryana to work really hard.*
Mama just tolong kerah! 'write3!read3!' hihi. 
No more cartoon 24/7 wateva class pun.
(U'll thank me 1 day when u grow up n read this entry about u)
 Noktah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Animated Word Love Black
©All Rights Reserved ⓛⓘⓕⓔⓓⓘⓐⓡⓨ-{Nazry|Azuin}● blogspot ● com