29.5.12

APC, GoKart and Snooker 2012 En. Hubby

Ni adalah some pics yang berkesempatan dan tak berkesempatan di upload olehku..haha..suka aku je cakap sebab??kebuntuan tahap max da ni..Bawah ni semua pics program En. Hubby..ada yang still kat hp 
En Hubby lagi xpecially yang APC...Layan je la ye dari berlapuk dalam simpanan arkib aku..

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPAG
25th MAY 2012






Kejadian APC ~> En Hubby selalu la tumpangkan ada bro duduk kat Bukit Baru tu sama keje dengan En Hubby..even time nak gi APC ni pun dia tumpang En Hubby..tup2 nak jadikan citer hangat, bro tu dapat APC manakala si tukang tumpangkan takde sipi2 pun yer nama hehe..Cayala Abang Usop..dengar cerita dapat RM1K lagi..fuyoo.. hurmm...tahun depan je le En Nazry mencuba nasib..



SEMBANG2 BELIA & SERI PENGKALAN GOKART CHALLENGE
19th MAY 2012







As usual Adik En Hubby pun berentap dengannya and got 2nd place..congrats En Aizam

En Hubby got 11th place..tak duga pun katanya ingatkan last ..hihi




KEJOHANAN SNOOKER TERTUTUP PEMUDA UMNO
SERI PENGKALAN 2012
FINALIST (L-R) En Hubby , Cousin En Hubby




Anak buah En Hubby pun sama macam pakcik2 dia..Go Alif Go

As usual, saingan wajib daripada bro En Hubby who got 3rd place..


DVD Player yang selamat digunakan sewajarnya..hehe

Congrats untuk d champion..huhu

25.5.12

Kes serupa cuma situasi berbeza..


IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.
Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.
by : Harian Metro
Psst...Kejadian budak ni memang betul2 buat aku teringat kesah aku kecik2 la..lebih kurang kes budak ni cuma aku pulak, tangan tersepit kat pintu kat airport yang automatic slides tu...rasa aku kat Subang kot..gatal dok diri atas palang besi dekat pintu tu memain..sekali entah macam mana tangan tersepit..Hamik!..semua kerumun dok menolong tengok pak security mengompel pintu...nasib baik tak lama pastu terselamat la tangan tanpa apa2 kecederaan serius..hmm..memory2..nasib tak kena penangan Jepun mak aku..hikhiki..
Nampak palang besi kat pintu, belah dalam ?tu le peberet spot aku kecik2 memain
Eh jap..bukan aku kecik2 dulu je de kes macam ni...Anak buah aka anak abang aku, Farah Ameera.. kepala dia, stuck kat lubang kerusi plastik...ala kerusi kecik punya untuk budak..entah macam mana entah tetiba pala dia ada kat situ..bila da ternampak anak dia nye kepala kat situ, apa lagi dengan segera abang aku dengan skill Bruce Lee terus patahkan aje kerusi tu..end of story..hehe..kesian ada, kelakar pun ada bila teringat. Dia taklah tak bernafas ke apa time tu coz still ada ruang kat leher dia...dia menangis pun  just mengerang mintak tolong..alahai amy~amy...
Farah Ameera holding Nasyran

(hmm..da besar panjang pun anak dara abang aku and weekend ni akan 'check in' ke MMU..esok nak pick up dia untuk last hang out wit her frens..ye la cik adik..ai ai chip)


^^ TIME FLIES ^^

So called life..

Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings


Wordless.Silence.Shut Up


14.5.12

Harapkan pagar....Pagar??? Tidur??



Tengok?? Soh Kakak tengok Adik..last2 Kakak pun lelap dalam playpen Adik..
Hmmm..Penat balik sekolah ni..Sian..Anyway..she's still my 1st baby love ever..Sekarang da boleh harap jaga Adik2 expecially when i'm sick..Tak sia2 penat lelah aku bangun malam jaga dia kecik2 coz dia la yang boleh kata penat jaga, asyik melalak je nonstop time dalam pantang dulu..puas berubat sana sini sinun.

Even tolong Mama amik bahan masakan pun da teror...anytime aje.. 
walaupun bila sampai mood masam cuka tu, Mama buat2 merajuk, konpem dia lak yang lembut..hikhik

Alhamdulillah sakit tonsil tu da takde and hopefully baik la terus...Bila teringat anak aku operate..
Ya Allah..takkan boleh dilupakan sampai tua punya..Kesan dari asyik tak sihat je last year serba sedikit cause pelajaran dia pun a bit ketinggalan..but now, catching up...ok da mengeja and boleh la baca sket dari dulu..much3 better..Attitude pun da changing positively..

born with L>O>V>E..precious

Ke mana ku menghilang ?? Episod : Psikologi 1


Boleh ke macam tu?? Aku pulak tanya mana aku menghilang..Konpem korang taktau punya kan?? Lecture da abes, tinggal nak mengadap Final..yeehaa...REVISION MISSION dimulakan..
Actually takde mane pun..ada bertapa kat teratak mencari kedamaian..jauh dari hiruk pikuk dunia yang kadang2 aku pun tak paham nak terangkan cammane...

Dunia yang makin pupus dengan manusia yang ikhlas, jujur, tak hipokrit, tak mengata, rendah diri, tak bod** sombong dan semua yang sewaktu dengannya le...kalau aku post entry time masa dilemma (dilemma le sangat) tu...hancur blog ni dikerjakan dengan entry2 pedas dedicated untuk manusia2 yang kategori hancur ni...bukan le aku baik bebenor..banyak kekurangan...yang penting jangan lupa siapa kita yang sebenarnya dan tau batas2 kemanusiaan dan yang penting tak menyombong tak tentu pasal seolah2 semua kita tau..
PERFECTIONIST konon 

Bukan ada kes apa pun..ni le hasilnya bila kita banyak meneliti and mengkaji sikap dan sifat manusia yang berubah ni..Jom tengok kajian kes kali ini (wah!!macam prof..berangan)

Kes 1 : Sana sini dok keluarkan,share hal2 agama, walhal kita ni banyak lagi yang kena dalami..kecualilah awak tu memang guru agama..or else...zip up n shut up. Betulkan diri kita sendiri sudah cukup... 

Kes 2 : Tak berubah2 perangai, tang tu jugak...walau dah merasai pelbagai dugaan, still takde kesedaran..

Kes 3 : "..eh dulu aku kenal tak macam tu..ye ke da macam ni??" hmm..berubah ke arah -tive..makin banyak saudara yang aku sayang jadi macam ni..;(

Kes 4 : Berpura2 baik depan orang, belakang??

Kes 5 : Baru merasai kesenangan duniawi, dah mula lupa diri (paling aku @#!$$#%%$^)

Kes 6 : Mentang2 status tinggi, hidup mewah, pandang rendah kat orang lain.. (ni pun..pandai2 la pk.belum tentu awak tu mulia di sisiNya) 

Kes 7 : Persepsi, pandangan sinis pada orang freehair 
(Nor Amalina best student tu, bertudung jd freehair??apa kes??at least biar lambat, tapi ikhlas kan3?)  
~Nih la antara hasil penelitian aku sepanjang hidup aku. Ada lagi..lain kali la. Mentality manusia..penuh dna yang aku suka kaji n perhatikan  Nampak je aku dengan dunia aku..Aku pun terlalu banyak kekurangan, tapi aku ingat pesan Arwah Baba, yang penting, kita sedar diri kita, jangan lupa asal usul kita, jangan menyakiti orang lain..yang penting ikhlas dengan Allah dan dengan orang sekeliling kita. Yang penting, hati kita..Jangan leka dengan janji dunia~

Wallahualam

P/S : Pandangan peribadi aku eh..kalau terpecik air kat muka sendiri..aku tak sengaja eh..
tak suka? tekan alt+f4 sudah..kihkih

SELAMAT HARI IBU 
buat semua ibu2 di seluruh dunia
Moga menjadi ibu solehah yang dapat membesar dan 
mendidik khalifah2 kita menjadi umat yang lebih baik dari kita ! InsyaAllah

8.5.12

Shhh...Seniman Agung research is still on...

Selagi belum Khamis ni pc com punya presentation, selagi tu la 
Tan Sri P.Ramlee bermain di bibir dan jari jemariku...Shhhhhh..Due da dekat..Bye!!
Tribute to Allahyarham Dalam Kenangan
Scene peberet aku!!
|
|
V























7.5.12

Emergency Call!! On A Mission

CLICK GAMBAR
kalau nak join aku jom!!!!
|
|
|
V




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Animated Word Love Black
©All Rights Reserved ⓛⓘⓕⓔⓓⓘⓐⓡⓨ-{Nazry|Azuin}● blogspot ● com