27.1.13

Yang Sebenarnya..

Assalamualaikum bloggerians

Entry santai hujung minggu ni, aku nak celita sikit pasal
'rahsia' minda aku. Dasat tak?
Korang gerenti kata hape ke benda rahsia minda ni.
Yang sebenarnya..

Since dolu2 lagi kan, major course peberet aku, salah satunya is LAW.
Memang minat gila la.
Back then, i used to think that i'll definitely do law
kalau berkesempatan/layak/etc.
But then, throughout the years,  after 3kids (yes thats the number),
now i totally get what i'm suppose to take in consideration....
'Psychology'

Macam mana nak cakap ni eh??..
Dipendekkanlah kan, pandangan aku terhadap mentaliti,
personaliti, behaviour, 'pembawak' dalam bahasa abnormalnya
(bukan biawak k) adalah totally 'berbeza'.
I totally can assume how/what a person is
by the first impression i see her/him.
DASAT tak? Macam incredible aje bunyi stoly aku kan?
(taklah dalam terma memandai2, just simply meng'agak')

Tapi ni real maa bukan cobaan.
People must think that i'm crazy or something if
they found out about this because of knowing me
just being a normal person on daily basis.
Instead? Aku naik gila sometimes being 'mengkaji'
human behavior 24/7 and not being able to let it out
to actually profit others of my 'magic' capability ini.
Bukan jadi dukun pula tau. Ayat aku...kan main.

Dipendekkan..(konon padahal panjang)
Aku mengidam 'Bachelor Of Psychology'
Doa2kan lah eh..
As Salam Bloggerians



25.1.13

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum
Tak terlewat rasanya nak ucapkan Salam Maulidur Rasul buat
semua umat Islam seluruh dunia since aku tak berkesempatan nak ucapkan semalam.

"Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah" In Shaa Allah

Alhamdulillah tahun ni En Hubby pun turut serta dalam
perarakan Maulidur Rasul
bersama2 colleagues di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Melaka
dalam persalinan merah menyala lagiii~..
Perarakan bermula dari Stadium Hang Tuah dan
berakhir di Masjid Al-Azim.
Exercise En Hubby kan main..hihi





22.1.13

Cerita Beg Sekolah

Assalamualaikum bloggerians
Hari ni aku nak mengomel al kisah beg sekolah
Kenapa? Kan dah mula sekolah kan?

Begini....
Kakak time prasekolah, dengan perasaan berkobar kobar mak bapak 
dia nak tukar beli lah beg sekolah baru kengkonon ingat dah naik level tu, 
banyak buku kot but still yang beroda macam tadika tu cuma besar sikit saiznya.
Tapi al kisah nak dijadikan cerita cikgu pra tu sound Kakak, beg besar pula. 
(dah cikgu pun 'rajin' buku & homework boleh kira 1 tahun berapa kali)
So, since beg time tadika elok lagi, Kakak bawa je beg yang lama and simpanlah yang baru tu.

Then, this year dah darjah 1, aku kata takyah lah beli Kak beg baru,
beg yang last year beli pun guna sekejap je.
Kakak pun as usual memang ok aje menurut kata.

But then....
Inilah hasil nya belum sampai pun 1 bulan gi sekolah........

ternganga dah hah..Now u see?

Tali pun rosak asyik seret terkena roda.
Mr Abah dah pun jahitkan sebelum tu.
 (abaikan wall of shame yang diconteng tu ;P)


Tu lah satu masalah beg ni.
Pendapat aku, kualiti memang tak tahanlah walaupun ramai yang guna.
Makna taknya, buku sebeban nak dibawa daily. Nak angkut, naya aje budak2. Kesian.
Kalau yang senior2 tu bolehlah tahan sikit kot. Ni darjah satu, comel loteh lagi saiz diorang.
Memang jadual kelas mungkin dah dipadatkan, tapi 1 subjek je, buku teks+buku latihan+buku2 aktiviti 1@2 je dah berapa buku. Tambah dengan subjek2 lain lagi? Tambah dengan props2 lain lagi?

Memang majoriti aku tengok kat sekolah Kakak guna beg tarik je.
Tapi taktau lah entah berapa kali beli beg dalam setahun kot.
Dipendekkan cerita, nak beli beg untuk Kakak lepas siap entri ni..Nak ikut? ;P

So, idea aku lah kan.......
Gov. should totally try buat benda ni kat sekolah

-
-
-
-

Buku yang tak perlu bawa balik, just tinggal je dalam locker diorang. 
Macam overseas school tu.
B r i l l i a n t tak?
Kalau nak, aku leh jadi supplier. (tetiba bisnes, masuk tender ko hade?) 
Tapi macam nak buat je..huhu. Tunggu mana tau jadi idea aku. Huahua
Yang best kan, siap ada 1 company ni kat luar negara lah kan, 
diorang siap jual deco untuk locker ni.
Locker Lookz
Cute meh. Taklah boring sangat..

20.1.13

Kakak Najwa At School (Part 3)

Assalamualaikum lovely readers (jet sket ;P)
Asyik entry pasal sekolah je ek?
Hmm dari kesepian blog ni kan.
Sian kat belog aku, biar;ah ditemani entry sekolah Kakak.
Basically cerita macam ni, (layan dialog 'pass tense' aku dengan Kakak je la ek)

Rabu 16/1


"Kak..teacher tak cakap ke bila test untuk tukar kelas?"
(Dah berapa kali tanya dah dalam 2-3 minggu sekolah)

"Hah..tadi Kakak ada test ma! BM & Matematik."

"Laa..teacher tak cakap ke?" (ye2 la risau. konon leh prepare kalau dah tau)
"Habis tu, Kakak boleh buat tak??? Susah tak? Berapa helai?"

"Boleh! Dalam macam ni.."(tunjuk beberapa helai ms dalam buku sekolah dia)
"Ok tak susah sangat" (sambil cerita lagi detail macam mana soalan2 test tu)

"Hmm..minta2 ok la Kakak buat ek?"
(risau yang amat. Entah masuk kelas kategori manalah dak Kakak. Intelligent ka?Medium ka? Ala2 Observation ka? huhu)

Kelas sementara 1 Kuning and lagi dua kelas 1 Hijau & 1 Jingga.
Tak sure pula class rating kat sekolah Kakak macam mana.
Then..

Jumaat 18/1

"Ma! ada surat.."

 1 Kuning  to 1 Hijau
* Apa2 pun kelas, its up to u la Adryana to work really hard.*
Mama just tolong kerah! 'write3!read3!' hihi. 
No more cartoon 24/7 wateva class pun.
(U'll thank me 1 day when u grow up n read this entry about u)
 Noktah.

19.1.13

Kakak Najwa At School (Part 2)

Assalamualaikum again gorgeous !

Memulakan weekend dengan entry 'skola'2 lagi hehe
So, basically sekarang Mama Najwa punya rutin starts as early as 5.45am. Pagi2 buta+tersangap2 dibuatnya. Udah la malam night feeding si Adik and kekadang dak Abang pun sama minta susu wo. Hadoi la..Mr Abah? Berdengkur dengan indahnya as usual |;P
Kesian tak? Kesian laa kat aku. Kesian gak eh?
(Meraih simpati yang konpem korang tak heran pun)

Dak Kakak pun kekadang kesian gak tengokkan. By 7am dah kena ada kat sekolah sebab hari2 ada Tasmik sampai 7.30am, then baru lah start macam biasa kelas. Petang before balik pun ada Tasmik gak. Selasa, 1.45pm lepas solat Zuhur baru boleh balik. Jumaat, baca Yasin.

Though kesian tengok dia dengan schedule macam tu, at the same time Alhamdulillah memang suka sangat she starts her day at school dengan mengaji (terang hati Kakak nak belajar, sejuk hati Mama sesejuk musim angin sekarang ni~tetiba ) despite masalah dengan tempat mengaji sebelum ni. Allah AlMighty, ada rezeki Kakak mengaji kat sekolah. In Shaa Allah in time to come dapatlah sampai khatam kat sekolah. Amin

Photoshoot 7am before school.
Boy belakang tu pun dah bangun, interframe haish

Jadual Tasmik Kakak


13.1.13

Kakak Najwa At School (Part 1)

Assalamualaikum gorgeous! 
Memulakan hari hujung minggu dengan entry #sekolah #anak #stolymoly #agak2basi hehe..
Cerita suam2 kuku yang patut dah dihapdet 2minggu lepas baru ni la nak hapdet. 
So basically nak cerita, my 1st baby girl dah standard 1 lo..wah macam lah dah nak masuk U bagai kan? Excited wo mak dia..

Dulu time prasekolah, since her younger sister was still infant, tak berkesampaian nak hantar dia jauh2 school hence of time consuming sambil nak mengherong si adik dengan si abang. Al maklum jarak sekolah kat Bandar Hilir, ++ dengan 'jam' yang amat tu kan? I believe Melaka hommies faham le kan. Jenuh nanti wo. Now yang dua orang tu dah a bit independent, at last my 'hajat' to send her to convent school berjaya. Yipee!

So lets enjoy the pics from 'Hari Orientasi' on 31st December 2012 and first week at school at SK Convent Infant Jesus 2, Melaka.

Melayan perasaan pula

1st time recess as standard 1

L-R Nasuha,Shafiqa,Najwa

Air singgit yang sedap huhu

Nak amik pic kantin from side, tup2 ada model sekali

Kelas 1 Kuning-2nd row dekat white board tu Kakak

Boboy junior pun recess gak teman Kakak

Kira duit yang Mr Abah bagi (tau la tak luak, Mama ada )

Dah bosar anak daro den..Huhu. Sentap

Tunggu time ini budak pi sekolah pula
YB Nasuha meninjau kawasan hihi


Hamik! Mak Bapak pun kena ikrar taat setia & serah anak hehe

The Classroom

Tour by prefect..ter'miss' tengah queue nak bayar yuran pula

Laluan dari kelas nun ke kantin/summer house/pintu belakang 

Corridor 1 Hijau+1 Jingga and to school hall ahead

Padang pun jadilah

More school tour

The standard 1 girls 

Memek muka blur? Hihi

Pn Rosalind - Guru Besar 

I Loike the girl yg paling kanan..so sweet pinkish face 

Pn Noorzianah - Guru Kelas 1 Kuning

I see baloons everywhere LOL

Ikrar Ibu Bapa

Congrats CIJ2

Hadirin Hadirat

Motif : Nak tunjuk pintu belakang laluan hantar+amik Kakak school jek

Pic cikgu yang dikidnap dari fb CIJ2



12.1.13

Just Peringatan Diri + Lovely Bloggers + etc



Bismillahi wal hamdulillah…


Nabi SAW pernah bersabda mafhumnya; Perkara yang paling aku bimbangkan ke atas kamu ialah syirik kecil. Bila ditanya apakah syirik kecil itu, baginda menjawab, ar-riya’.
Definisi riya’
Nabi menamakannya sebagai syirik kerana orang itu beramal bukan tulus untuk Allah, tetapi digandingkan dengan makhluk. Biasanya jika ditanya maksud riya’, rata-rata orang akan jawab; riya’ ialah menunjuk-nunjuk. Tapi saya lebih suka menggunakan takrif yang diberikan oleh ulamak. Maksud riya’ ialah (طلب الدنيا بعمل الأخرة) iaitu menuntut habuan dunia melalui amalan akhirat.
Secara umumnya amal yang dilakukan secara sembunyi lebih menjamin kesejahteraan ikhlas seseorang. Tapi ada amal yang kita perlu tunjukkan seperti solat berjamaah, jihad dan amar makruf. Bahkan kadangkala menzahirkan amal itu lebih dituntut sebagai menggalakkan orang lain beramal dan menjadi contoh teladan. Pastinya ganjaran besar diperolehi orang yang dicontohi, berbanding orang yang beramal secara sembunyi. Dengan syarat ikhlas…
Berbalik kepada takrif tadi. Habuan dunia seperti wang ringgit, harta, pangkat dan pujian manusia. Amalan akhirat seperti solat, sedekah, tilawah Al-Quran dan jihad (ibadat khusus). Maka sesiapa membaca Al-Quran supaya dipuji suara dan tajwidnya – riya’! Kalau bersedekah supaya disanjug orang – riya’! Itu semua orang tahu.
Aplikasi dalam hidup seharian
Bagaimana pula kalau seseorang itu begitu komited dengan kerjayanya supaya dinaikkan pangkat. Atau sentiasa berpakaian kemas supaya dipuji manusia. Adakah itu juga riya’? Jawapannya tidak, kerana kerja harian tidak termasuk dalam amal akhirat atau ibadat khusus di dalam takrif di atas.
Dibimbangi salah faham tentang riya’ ini mengikat dan mengongkong sebahagian umat Islam dari melonjak lebih dari sepatutnya dengan alasan; tak nak riya’!!
Bagaimana pula kalau kita beramal dengan ikhlas, tapi selepas itu manusia puji dan sanjung? Adakah ini merosakkan amal kita? Jawapannya tidak. Soalan ini pernah diajukan kepada Nabi SAW, baginda menjawab; itulah berita gembira yang didahulukan untuk orang beriman (di dunia ini lagi). Tapi perlu diingat, jangan sampai kita termakan dengan pujian tersebut sehingga mendabik dada dan angkuh… maka hancurlah amal tadi!
Habis tu, bolehlah orang yang rajin bekerja mengejar harta dan pangkat? Jawapannya, boleh dan tidak salah! Kerana bekerja dengan tekun dan rajin adalah tuntutan Islam, dan kerja harian itu tidak termasuk dalam ibadat khusus. Cuma, apabila dia mencapai kesempurnaan dalam kerja, mendapat harta dan pangkat serta sanjungan manusia; janganlah dia merasa bangga diri, bongkak dan angkuh serta memperlekehkan orang lain. Maka dosanya adalah atas rasa bangga diri, angkuh dan takabbur tadi. Bukan kerana komitmen dan kejayaan yang diperolehi.
Fudhail bin I’yadh berkata; meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari kedua-duanya!
Faktor penggalak atau pendorong
Satu perkara lagi. Jika kita di surau, amat ringan untuk solat sunat rawatib contohnya. Tapi kalau di rumah, agak payah. Adakah ini bermaksud kita solat kerana manusia? Iaitu apabila ada orang kita solat sunat, tapi bila di rumah tak buat. Adakah kita riya’ juga? Jawapannya tidak. Kerana suasana di surau tersebut hanyalah sebagai penggalak dan pendorong sahaja kepada kita untuk beramal. Bukannya kita solat semata-mata kerana orang ramai keliling kita. Umpamanya, seorang di hadapan Kakbah. Pasti dia semangat beribadat, kerana suasana sekeliling amat memberangsangkan, berbeza dengan dalam rumah yang tiada rangsangan langsung!!
Kadang-kadang syaitan membisikkan kepada kita. Kononnya, kalau depan orang ramai jangan buat, nanti riya’! Atau, selama ini engkau jarang solat sunat, tapi bila kat surau rajin pulak! Tak payah buat la… Inilah was-was syaitan. Tumpukan kepada niat asal kita, iaitu solat kerana Allah. Bukan kerana orang lain. Syaitan memang kerjanya menyesatkan kita.
Semoga kita sentiasa ikhlas dalam amal dan terselamat dari tipu daya syaitan.
Wassalam.
Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia, 
ISMA Cawangan Seremban
Blog: Catatan Kehidupan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Animated Word Love Black
©All Rights Reserved ⓛⓘⓕⓔⓓⓘⓐⓡⓨ-{Nazry|Azuin}● blogspot ● com