31.8.12

Happy 55th Birthday MALAYSIA

Alhamdulillah..Ramadan sudah, Syawal masih dirai...

Hari ini, malam ini, genaplah  55 tahun sudah termaktub keamanan kita dari menjadi negara jajahan..
Percikan bunga api sana sini, dari dalam rumah aje kedengaran..huhu
(al maklum study yang tak berkehabisan)

Tetapi sudahkah kita cukup merdeka dari segala aspek
sematang usia 55 tahun kemerdekaan Malaysia ini ye??

Lebih2 lagi berperang mulut sesama umat Islam sendiri menjerit, malaung, mengutuk bangsa sendiri dek kerana agama, politik mahupun apa sahaja yang remeh jika difikirkan oleh akal logika..umpama menyamakan kedudukan negara kita dengan negara Islam yang bergolak di timur tengah yang kita dok perjuangkan hak orang Islam di sana tu..

Apa bezanya kita??

Yang berilmu agama, membahas manusia di persimpangan
Yang tidak berada di landasan keagamaan, menidakkan sama sekali si penyebar agama
Yang baru mendapat hidayah, lupa daratan
Yang lupa daratan, tidak mahu kembali ke pangkal jalan yang lurus, egois
Yang menghina lebih banyak dari membanting keringat membantu
Yang nampak seperti berada di laluan Jannah walhal pelakon dunia semata-mata (trend?)
Yang buruk luaran, nampak terpesong laluannya, tak mengganggu umat lain..tau kebenaran, tau hatinya, tau nawaitu nya, tau Allah itu ada pada insan yang akan menjadi umatnya yang tidak takbur, tidak bersekongkol dengan telunjuk si pelaku dunia...tidak kira A atau B..
InsyaAllah Ada Jalannya

Yang baik luaran, boleh menjadi busuk-sebusuk2 hatinya...........
Yang jahat luaran, boleh berubah sewangi-wanginya...........

MashaAllah..aku banyak kekurangan..tetapi sedar berpijak di bumi yang nyata aku di mana..
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Animated Word Love Black
©All Rights Reserved ⓛⓘⓕⓔⓓⓘⓐⓡⓨ-{Nazry|Azuin}● blogspot ● com