7.9.12

Kakak 1st School Trip - Zoo


Since dapat surat dari cikgu sebelum raya hari tu untuk lawatan ke Zoo Melaka pada 6 September 2012, nonstop Kakak asyik dok remind aku dengan En Hubby untuk sain surat tu. Kalau parents ikut, kena bayar RM20. So, dia pun keep on asking yang mama and abah pergi sekali ke tak dengan kakak. 

Aku nak pergi kang, dengan kanak2 ribena lagi, berpanas terik dengan nak ikut schedule program cikgu lagi...lainlah pergi sendiri. Gerenti complicated kang...so in the end terserah la pada Mr Abah dia kalau nak temankan dia. Mr Abah pun ragu2 jugalah nak pergi sebab kan baru je habis cuti raya, takkan nak cuti lagi.

Sekali dia balik sekolah lepas dah hantar borang tu earlier at school, dia kata, takpe lah ma, bah, takyah lah teman. Ramai mak bapak tak pergi pun. 
Fuhh legaaaa..Kalau tak mesti dia macam sadis je kitorang tak teman.

So, dipendekkan cerita (madang aje aku pendekkan konon), pagi nak pergi trip tu semalam pun terlambat bangun, apa lagi...sekali kejut cakap nak pergi zoo, berdesup Kakak pergi mandi. 
Cheh. Selalu kalau tak mengeliat tak habis. 

Tengahari tu, aku dengan En Hubby tunggu kat luar sekolah, nak fetch Kakak. Parents lain pun dok tunggu anak diorang. Semua dah gelisah kanak2 ribenaa tak sampai lagi. Aku pun capai hp terus dial cikgu Kakak..
Cikgu Mizan "..ooo mak Adryana. Dah nak sampai dah ni, nak masuk simpang Peringgit dalam 1-2minit sampai " Aku "ok3"

Kejap je lepas tu, bas sekolah kan main besar (berbanding penumpang yang minor je tu) pun sampai dari arah belakang kereta aku. 

En Hubby dah standby nak amik anak daranya

Muka ata sunyum kan3
 So..Kakak kata best ma! naik tram, tengok elephant semua, pastu paling best dapat happy meal and main2 kat mcD..Siap pelawa adik2 dia makan lak tu dah naik kereta walaupun dah tinggal berape ketul je fries..hmmm Kakak2. Si Abang pula conquer mainan happy meal tu sebab sah2 dapat 'BEN10' character.
Kakak kata, kakak dah ter'dapat' ben10 pula..ada yang dapat hello kitty.
(tapi as usual, Kakak cool aje tak kisah)

Itu je lah simple trip Kakak. Last week taman rama-rama, ni zoo, minggu depan apa lak ek? hihihi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Animated Word Love Black
©All Rights Reserved ⓛⓘⓕⓔⓓⓘⓐⓡⓨ-{Nazry|Azuin}● blogspot ● com